السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 






بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم  


First.. welcome to my blog...



Now.. blogging dah jadi part of my life.. rasa bagus jugak ada blog ni... Antara sebab aku rasa aktiviti blogging ni bagus adalah;


  • Blog ni bole jadi tempat untuk aku parking nasihat, ilmu dan pengalaman yang mungkin orang lain tak der story kan lagi dan mungkin jugak korang pun dah biasa dengar. So apa yang kawan-kawan atau orang sekeliling  aku nasihatkan atau ada aku tengok kat buku / tv / video nasihat daripada mana-mana penceramah aku selitkan jugaklah. 

  • Cumanya aku ulaskan dengan cara aku sendiri la, maybe aku combinekan pengalaman dari beberapa orang terpilih untuk aku create 1 story..

  • Nasihat semua tu bukanlah bertujuan untuk menunjukkan aku bagus ataupun sempurna.. aku manusia biasa yang mana pasti pernah membuat kesilapan.. nasihat itu juz aku aku catatkan sebagai peringatan untuk diri aku sendiri. 

  • Jadi bila aku tulis kat blog ni aku rasa macam buku nota. Bila aku baca blog sekurang-kurangnya ada jugaklah part yang boleh aku muhasabah diri tu. Macam reminder jugaklah kat diri aku. 

  • Bila tulis kat blog ni bukan setakat aku boleh jadikan reminder untuk diri aku, tetapi aku boleh kongsikan dengan ramai orang.

  • Aku tak banyak harta untuk dikongsikan jadi aku kongsikan sedikit ilmu yang aku dapat ni... semoga menjadi bekalan buat aku dan para pembaca blog aku kelak.

  • Aku harap hobi baru aku ni memberikan sesuatu yang positif dalam hidup aku. Insya Allah aku cuba manfaatkan ilmu yang aku perolehi daripada orang lain dengan pembaca blog aku ni... dan aku harap korang amik la yang mana positif tu sahaja yang part negatif tu tinggalkan, itu mungkin daripada kelemahan aku sendiri dalam mengarang ayat barangkali... almaklumlah dah lama tak mengarang..

  • Aku pun harap sahabat blog aku memberikan teguran dan pandangan sendainya ada kesilapan dalam penyampaian aku supaya aku tidak berkongsi ilmu yang salah dengan orang lain.

  • Blog ni macam buku catatan la aku rasa & maybe lebih daripada sebuah buku catatan tetapi bukan diari aku la.. kalau diari tu tulis kat hati jer... xpayah nak kongsi... hehe... antara kelebihan lain yang aku nampak bila aku karang kat blog ni adalah selagi mana x delete insya Allah selagi itu ada lagilah catatan tu... tapi kalau aku tulis kat buku, kalau buku tu hilang, hilang teruslah catatan aku.. jadinya.. aku abadikanlah kat blog ini.

  • Insya Allah aku dan semua pembaca bole baca kat mana-mana sahaja selagi mana ada internet... bukak laptop bole baca, bukak henfon pun bole baca.. so senang kan...






Oke itu sajalah kot buat masa ni ... Semoga hari2 yang mendatang nanti akan menjadikan hidup kita semua lebih bermakna  :-)





Comments

  1. thanks untuk perkongsian... teruskan share perkara kebaikan... smoga kita smua mendapat saham akhirat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih .. insya Allah mudah-mudahan :-)

      Delete
  2. Salam perkenalan semoga sukses dalam semua perkara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan :-) .. amin... terima kasih .. smoga anda juga sukses dalam semua perkara..

      Delete
  3. Semoga sukses selalu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)