Emosi Yang Beraja

Setiap hari kita pasti berhadapan dengan situasi yang berbeza, orang yang berbeza dan macam-macam lagi lah yang berbeza-beza tu. So, samalah dengan emosi kita, akan menjadi berbeza-beza mengikut masa dan ketika.. Ada turun naik!.. hmmm.. Biasalah kalau emosi tengah tak stabil ini kita mudah tertekan, berserabut, bercelaru.. pendek citer memang apa yang di buat akan jadi tak kena  dan tak jadi seperti yang diharapkan disebabkan kita gagal mengawal emosi kita. Sekiranya kita rasa hendak marah, kurangkan bercakap atau berdiam diri sahaja, kerana dalam keadaan macam ni, lidah kita mungkin membunuh banyak hati.

So, macam mana kita nak jadi orang  yang sentiasa 'cool' dan mengelakkan emosi beraja di hati. Pertama sekali, periksa balik apa yang telah kita buat sebelum ini. Kerana apa yang kita buat sebelum ini, akan menghasilkan kedaan seperti itu. Adakah kita bergurau kasar sehingga menyakitkan hati insan lain?? dan menyebabkan orang tak suka berkawan dan menghindari kita. Periksa balik cara pergaulan kita seharian. Kuncinya di sini jaga etika pergaulan kita.


Bergurau mesra tu memang perlu.. supaya dapat menguatkan lagi perasaan antara suami-isteri, ibu-anak, ayah-anak, teman-teman dan sebagainya. Tapi jangan 'over'.. jangan sampai merendah-rendahkan orang lain. Janganlah mengejek kekurangan yang ada pada mereka. Sebelum anda berkata perkara yang kurang enak pada orang lain cuba letakkan pada diri anda dulu, misal nya dah la hitam, pendek pulak tu memang la dia tak nak kat kau!!. 'see" apa yang anda rasa?? masa tu dah lah tengah 'down' akibat di'reject' wanita pujaan, di tambah pulak dengan kata-kata seperti itu. Walaupun apa yang diperkatakan itu betul, contohnya anda gemuk dan hitam, tetapi perkara itu menjadikan anda berasa rendah diri dengan kekurangan anda, betul tak?? so, kalau bercakap tu pastikan yang  elok-elok jer.. jangan nak mengata orang lain, kita sendiri pun ada kelemahan ... hmmm


Kadang-kadang kita dah cuba jadi yang terbaik dah dengan cara bercakap baik, jaga hati orang, tak ejek orang dan sebagainya, tapi!! orang lain pulak  macam selalu tak puas hati dengan kita. Yer.. memang ada orang yang sebegitu.. Jangan pedulikan mereka, teruskan menjadi baik. Biarlah apa orang nak kata, yang penting Allah itu Maha Mengetahui, Dia mengenali hamba-Nya. Cukuplah kita melakukan sesuatu demi meraih kasih sayang daripada-Nya.


Tapi biasalah, kita kan manusia.. hmmm ada jugak perasaan nak marah.. kadang-kadang dah cuba sedaya upaya menahan rasa marah tu, ada ketika meletup jugak.. Bila dah meletup tu, macam-macam lah kita hembur keluar, perkataan- perkataan kasar, dan mungkin apa yang kita pendam selama ini akan keluar satu demi satu.. hmmm macam air yang mengalir.. Tapi kesannya selepas itu, keadaan akan menjadi lebih teruk, persahabatan jadi makin renggang dan macam-macam lagi.  






Ataupun, sekiranya kita seorang ayah atau ibu,  kita memarahi anak kita dengan mengeluarkan kata-kata kasar kepada mereka, pastinya mereka akan  rasa tidak disayangi dan semakin menjauhi kita; tiada lagi cerita-cerita gembira untuk mereka kongsikan kepada kita. Jika kita tidak cuba mengatasi emosi kita dan cuba mengubah diri kita, lama-kelamaan anak-anak akan terus menyisihkan diri daripada kita. Mungkin hari ni kita tidak perasaan kerana sibuk dengan perkerjaan kita, tapi impaknya bila kita tua kelak, anak-anak tiada masa untuk kita, anak-anak menjadi hilang sabar melayan kerenah kita dan sebagainya. Apa yang anak-anak lakukan itu adalah cerminan diri anda sendiri semasa anda muda dulu. ' see'!! sangat tak elokkan?? So cubalah kawal emosi anda sebaik mungkin. Hidup ini ibarat roda,aakan berpusing-pusing, sekejap di atas dan sekejap di bawah.


Dalam segala hal yang kita buat, ingat lah hanya Allah yang mengetahui keikhlasan hati kita, berbuat baiklah kerana Allah. Kalau kita berbuat baik dan menjaga hati orang supaya orang suka pada kita orang tertarik pada kita, kita sudah silap.. betulkan balik niat kita, apa yang kita buat itu adalah semata-mata mencari redha Allah. Kalau Allah redha dengan kita, apatah lagi makhluk-Nya. Contohnya, kalau kita minta kopi, sudah semestinya kita mendapat cawannya sekali, tetapi kalau kita meminta cawan, belum tentu lagi kita mendapat airnya.. mungkin yang kita dapat hanyalah cawan yang kosong. Begitulah hidup kita, kalau kita lakukan sesuatu ikhlas kerana Allah banyak lagi hikmah kebaikan yang diberikan-Nya.


Tanamkan dalam diri sikap pemaaf. Maafkan kesilapan orang lain dan hidup kita akan jadi lebih tenang.  Cuba perhatikan orang yang suka berdendam, hidup mereka tidak tenteram. Jangan kata nak melihat orang itu, mendengar nama orang yang didendam itu pun sudah menyebabkan perasaan marah datang tiba-tiba. Bila kita selalu marah-marah, sebenarnya tidak elok untuk diri kita dan orang lain jugak. Marah dan Dendam ini adalah sifat syaitan. Syaitan akan bertepuk tangan melihat keadaan kita sebegitu. Mereka akan berusaha untuk menyesatkan anak adam dan memecah belah kan satu sama lain.  So, mulai detik ini dan saat ni maafkanlah kesilapan orang lain, mudah-mudahan orang lain juga mudah untuk memaafkan kita. Semoga hidup kita semua lebih tenteram.


Bacalah doa berikut setiap kali anda rasa hendak marah. Semoga kita berjaya mengawal kemarahan kita. 






Comments