Jodoh???




Sering kedengaran isu-isu yang berkaitan dengan jodoh. Ada yang cepat bertemu jodohnya dan ada yang masih ragu-ragu apakan yang di depan matanya sekarang adalah jodoh dan ada yang masih menunggu jodoh yang masih tak kunjung tiba.


Masing-masing mempunyai jalan hidup yang berbeza dan Allah pastinya merancang yang terbaik untuk hambanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.


Mungkin pada awalnya dialah yang kita rasakan jodoh yang akan berkekalan dengan kita, tetapi apakah daya setelah berkahwin dan memiliki cahaya mata tiba-tiba ikatan pernikahan itu terputus dan akhirnya masing-masing membawa haluan sendiri. Mungkin suatu hari nanti Allah akan menemukanmu dengan pasangan yang lebih baik sebagai ganti kepada kesabaranmu. Maka, bersabarlah...


Bagi yang masih belum ketemu jodoh, jangan berasa gundah atau cemburu melihat kebahagiaan orang lain. Kita doakan sahaja supaya kebahgian mereka dan ikatan suci itu akan berkekalah hingga ke jannah. Usah risau mungkin masanya belum tiba.


Pertama, bersyukurlah apabila Allah masih lagi tidak mendatangkan jodoh kita terlalu awal.


Melihat kepada sahabat-sahabat yang ramai berkahwin muda, kahwin semasa belajar, apakah benar-benar mereka sudah siap berhadapan dengan badai ujian rumahtangga?


Mungkin sekilaspandang, nampak macam romantik dan best jer tengok kawan-kawan yang nikah awal. Dapat study sama-sama. Pergi ke U sama-sama. Makan sama-sama, suap menyuap lagi di hadapan kita.


Tak perlulah cemburu ya. Yang nampak macam 'best' di mata kita sebenarnya realitinya tidak semua begitu.






Sahabat-sahabat saya majoritinya sudah ramai berkahwin. Satu demi satu menceritakan masalah dan ujian yang berlaku dalam rumahtangga mereka.



Bukan mereka merungut, dan tidak pula mereka sengaja membuka aib pasangan, tetapi sekadar meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman hidup berumah tangga. Kerana apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka itu adalah suatu kisah realiti yang tidak dapat dinafikan kebenarannya.



Baik masalah kewangan, masalah tidak sefahaman, masalah mertua, ipar duai, dan pelbagai masalah lain yang memang realiti begitulah lumrah hidup berumahtangga. 



Oleh itu, persoalan di sini adalah adakah  persiapan kita sudah lengkap untuk menghadapi segala macam dugaan di alam rumah tangga kelak??



"Habis tu, nak tunggu bersedia, sampai bila-bila tidak bersedia."


Ya, betul. Kalau nak tunggu bersedia, sampai bila-bila tak kahwinlah jawabnya. Sebab itu, ada beza, menunggu semata-mata atau mempersiapkan diri dengan sebaiknya.


Tetapi, tidaklah pula saya nafikan, betapa banyak kebaikan orang yang bernikah awal. Andai sudah ada yang berkenan dan keluarga pun sudah setuju, maka segerakanlah pernikah tersebut.



Maksud saya di sini, bagi sesiapa yang masih belum bertemu jodohnya. Tidak ada yang merisik bertanya. Oleh itu, diri kitalah yang harus berusaha sedaya upaya untuk menjemput jodoh itu.



Hal ni adalah sensitif. Perkara ini juga merupakan adalah salah satu perkara yang serius  dalam kehidupan kita sebenarnya.



Tetapi ramai yang ambil tidak kisah tentang hal menjemput jodoh dan hanya mampu berharap dan terus mengharap agar soal jodoh itu jatuh ke riba kita?



"Usaha + doa + tawakal"



3 perkara ini sangat penting dalam kehidupan seharian kita, tidak semata-mata  hanya untuk tujuan mencari jodoh sahaja, boleh diaplikasikan dalam proses pembelajaran, perkerjaan dan sebagainya.


Dari sudut ini, kita kena ada tindakan yang serius. Itu salah satu perkara yang kita tidak akan nampak sehingga hijabnya terbuka selagi “syarat-syarat”nya masih tidak dipenuhi.


Apa syarat-syarat Menjemput Jodoh?
Sekali lagi, usaha yang berterusan, doa yang tidak putus dan tawakal yang teguh tanpa putus usaha.. in-sya Allah akan mencipta kebetulan-kebetulan yang indah dalam siri-siri menjemput jodoh dalam masa yang terdekat sekiranya melakukannya dengan bersungguh-sungguh.



Niat nak kahwin itu kena kuat. Kalau tidak boleh lakukannya dengan sendirian, beritahu kawan. Tanya pendapat rakan-rakan. Tanya pandangan ibu dan bapa. Mintak mereka doakan untuk korang. Minta mereka bantu dalam proses mencari jodoh.






Jaga hubungan kita dengan Allah
Maksud nya, Jaga amalan dan hubungan kita dengan “DIA”. Jika kita berjaya mendapat kasih sayang Allah tak mustahil  Allah akan memudahkan urusan kita dengan mencapakkan rasa kasih ke dalam dirinya untuk  menerima dan menyayangi kita  juga. 


Kalau kita sukakan seseorang, tak perlu kita memujuk rayu kepada dirinya tetapi merayulah pada Allah di dalam doa  yang tak pernah putus. Dia milik Allah, hatinya juga milik Allah, Allah yang maha kuasa menggerakkan hatinya.



Comments

  1. Berusaha tetapi jangan terburu-buru... Bila dah sampai masa insya Allah diberikan jalan dan dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)